THANKS KEPADA YANG SUDI FOLLOW :)

Thursday, August 25, 2011

resepi creampuff gebu yang sangat mudah.

assalamualaikum...



previous entry kan ada tulis pasal homemade creampuff tu. disebabkan ada yang minta suruh tolong ajar, maka dengan baik hati dan mood rajin saya update resepi creampuff lah kali ini. actually saya pun tak da lah pandai sangat. setakat buat untuk makan sendiri tu boleh lah. almaklumlah tangan tak kreatif so bentuk memang lah sangat tak boleh blah ada besar ada kecik. eh tapi takpe, janji sedap! dan jimat duit. ouh, itu yang penting :)



creampuff cara saya ni memang guna bahan-bahan murah je. so memang sangat menjimatkan. dah tu pulak creampuff ni jenis yang lembut dan gebu je. saya inform awal-awal ye so sape yang nak creampuff keras ke rangup ke, maaf bukan resepi ini! ngeee~







RESEPI CREAMPUFF:


BAHAN-BAHAN:
250 ml air
130 g butter/planta/marjerin
1 sudu besar gula
150 g tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
4 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanilla

CARA-CARA:
1) Didihkan air, butter dan gula dalam periuk dengan api yang sederhana kuat. apabila mendidih kecilkan api hingga seminimum mungkin.
2) Masukkan tepung gandum ke dalam periuk tadi, kacau dengan cepat sehingga betul-betul sebati @ sehingga menjadi 1 adunan. kemudian tutup api. biarkan adunan sedikit sejuk. sementara itu boleh panaskan oven dengan suhu 200'.
3) Pukul telur bersama esen vanilla. pukul sedikit je macam nak buat telur dadar goreng tu.
3) Apabila adunan agak sejuk, masukkan telur sedikit demi sedikit dan kacau sebati. setiap kali masukkan telur pastikan adunan tepung dikacau betul-betul sebati.
4) Gris loyang dengan sedikit minyak. adunan creampuff adalah lembik. so masukkan dalam piping bag, dan paipkan. pastikan setiap creampuff di jarakkan lebih kurang 2 cm. sebab nanti creampuff akan kembang.
5) Bakar pada suhu 200' selama 15-25 minit, atau sehingga keperangan.



untuk filling creampuff pulak, ada banyak pilihan. sama ada nak letak cream custard, jagung, coklat, cheese dan sebagainya mengikut kegemaran masing-masing. tapi saya jenis yang suka ambil jalan mudah, so buat cream custard saja. jimat masa dan tenaga, ouh jimat duit jugak :)








BAHAN-BAHAN UNTUK CREAM CUSTARD FILLING:
2 cawan susu segar
5 sudu tepung kastad
8 sudu gula.

CARANYA:
masukkan semua bahan dalam periuk, masak dengan api sederhana. kacau sehingga pekat dan licin. nak sedap boleh masukkan sedikit jagung yang dalam tin tu.
**tips: kena kacau setiap masa supaya adunan custard tidak berkerak atau hangus.



nak isi filling dalam creampuff pun ada banyak cara so boleh ikut suka. sama ada nak masukkan filling ikut bawah creampuff. tapi nak senang, gunting sedikit creampuff tu di tengah tapi jangan sampai putus. isikan cream custard dalam piping bag, then paipkan je filling masuk dalam creampuff. cantumkan semula creampuff tadi. filling pun agak-agak je, jangan sikit sangat nanti tak best lah kalau makan. teehee :)






lepas dah siap semua, susun creampuff cantik-cantik. then kisar gula sampai halus. pastu ayakkan gula atas creampuff tu. ok, yang ni saya selalu skip, sebab malas.



so, selamat mencuba! mungkin kalau baca ni nampak macam complicated sikit, tapi sebenarnya sangat senang! cuba dulu barulah tau kan. dan yang pasti sekali cuba mesti rasa macam eh nak buat hari-hari je.





with love,
haziqah yusop c(:

14 comments:

iMah said...

my feberet..!
nak cubo nanti.
terime kasih..
nak copy resipi ni eyh..

Mohd Izzar said...

owh..tak reti lak..huhuh

Chuu Muqhlis said...

ouh..filling tu isi kemudian selepas bun tu dibakar ye? klu nak letak lain mcm hotdog ke ..pon bole kan kan ?

tengs yah! :D

oreocheesecakes said...

tq yer share resipi nti leh cube

:)

miss zizie said...

imah: sila lah copy. dah buat nnt update lah kat blog, boleh kite tgk :)

miss zizie said...

izzar: tak cuba cmne nak reti, cuba lah dulu :)

miss zizie said...

chuu muqhlis: yup! lepas bakar baru isi filling.. kalau nak letak sosej dalam adunan creampuff tu tak payah letak gula :)

miss zizie said...

oreocheesecakes: ur welcome :) try jgn tak try ye. senang je :D

chacha said...

yeay! menanti2 entri nie...
xsabo nk cube...
maceh tayunk...:)

hamzah ian said...

comelnya.... lama tak makan..

kat sini panggil kuih tahi itik.. hehe

miss zizie said...

chacha: ni dh bg resepi kene buat tauuu! hehe :)

miss zizie said...

hamzah ian: tahi itik? terengganu kan??

InfoitNetwork said...

macam pelik jer tgk roti ke ape ni??

miss zizie said...

infoitnetwork: lebih kurang je dgn roti.